The Most Miracle Thing In This World

Anda tentu merasa teruja dengan perkara-perkara yang menakjubkan seperti Silap Mata, 7 wonders of the world, Aksi2 manusia yang ingin memecah record dengan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh manusia biasa dan pelbagai lagi. Tapi ingatlah ada sesuatu yang lebih hebat dari itu semua…

Benda yang hebat ini melebihi kehebatan perkara-perkara yang anda rasakan hebat di dunia ini. Tetapi benda ini asal usulnya bukan lah dari dunia ini. Ia adalah ubat segala penyakit, terdapat seribu satu rahsia di dalamnya juga terdapat banyak tips2 yang bagus untuk kehidupan kita. Jika kita membeli peralatan elektronik, sudah tentunya kita akan mendapat manual cara pengunaan barang tersebut dan cara penjagaan. Oleh itu tentunya kita yang hidup di muka bumi ini tentunya memperlukan buku panduan seperti itu juga supaya kita tahu menjaga diri kita dan kita tahu bagaimana cara kita mengawal diri kita sendiri.

Itulah Al-Kitab (Al-Quran) yang merupakan satu hadiah yang paling bernilai untuk manusia yang berakal. Dimanakah kedudukan Al-Furqan itu di dalam diri anda?  Sesungguhnya Al-Furqan ini adalah sesuatu perkara yang paling hebat, menabjubkan, kerana bukanlah ia berasal dari dunia yang fana ini. Ia lebih hebat dari perkara-perkara yang paling hebat yang terdapat dalam dunia ini. Tidak pernahkah anda merasa demikian? Bukankah di dalamnya terkandung seribu satu rahsia, ditambah kata-kata motivasi yang mendidik jiwa, juga nasihat-nasihat sert peringatan yang sangat berguna untuk kita semua. Jika akal fikiran anda setuju dengan semua yang telah saya katakan tentang kehebatan Al-Furqan ini, tanyalah pula bagaimana hati anda? Adakah hati anda itu juga setuju seperti yang akal anda pikirkan ? Bukankah ramai di antara kita lebih kagum dengan aksi menabjubkan yang dilakukan oleh manusia-manusia yang hidupnya dihabiskan untuk bidang yang diceburinya. Apakah tujuan hidup mereka sudah dipenuhi dengan melakukan perkara2 demikian ?

Oleh itu wahai ummat Muhammad S.A.W sekalian… Janganlah kita hanya berdiam diri tanpa berusaha untuk melakukan  perubahan di dalam diri. Rasailah Islam adalah penyelesaian kepada semua persoalan kehidupan. Ramai orang yang murtad dari Islam kerana mereka tidak dapat melihat Islam itu adalah cara hidup yang sebenar, kerana setiap persoalan kehidupanya tidak dapat terjawab dengan Islam pada pemikiran mereka.

Jika hendak membaiki diri …

Semua ini bermula dengan kenyakinan kepada Rabul Alamin. Kemudian dengan ilmu dan seterusnya ilmu itu diamalkan.  Ubati lah luka yang parah di dalam hatimu dengan Al-Furqan. Jika ada yang membaca novel sehingga mengalirkan air mata, dan jika kita membaca buku matematik kita hanya menggunakan otak dan tidak akan menangis. Jadi bagaimanakah pula caranya kita membaca Al-Furqan? Gunakanlah mata hati untuk membaca Al-Furqan.

Allah S.W.T berfiman  di dalam sural Al-Hajj (22) : 46

“Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada”

Di dalam sebuah hadith  daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda:

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali  asing. Maka beruntunglah orang2 yang asing”

Oleh itu janganlah kita merasa seperti orang yang telah ketinggalan zaman apabila kita ingin membaca Al-Kitab sedangkan kawan-kawan sebilik yang lain sibuk dengan hiburan yang melalaikan sepanjang waktu hidupnya. Yakinlah, anda lah orang yang sangat berutung. Ummah di mana kini sedang dilanda berbagai-bagai gejala  yang sangat serius. Untuk mengubah keadaan ini perlulah bermula dengan diri anda dulu, kerana selepas ini anda lah yang akan menentukan bagaimana generasi seterusnya. Yakinlah dengan seyakin-yakinya bahawa yang benar ini akan menang. Dan pecayalah kita semua ini sedang ditapis dengan pelbagai ujian untuk memastikan kemenangan Islam pada masa akan datang.

Akhir Qalam ” Menharap lah kepada Rab Pencipata Dirimu, Janganla Sombong Untuk Meminta Kepada Tuhan kerana ini lah diri KITA !! iaitu seorang hamba sahaya yang lemah dan memerlukan pertongan dari tuhannya”

Advertisements
The Most Miracle Thing In This World

2 thoughts on “The Most Miracle Thing In This World

  1. kadang-kadang bila tiba hari lahir,
    mulalah kita pening dok fikir hadiah ape la yang paling best nak minta kat parent kita. tapi rupanya kita dah pun ada hadiah tu.. tak dpt ditandingi nilai dan kehebatannya..bila dibaca dpt pahala lagi..
    wah syoknya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s