Mengenal Diri

Adalah sangat penting untuk kita mengenal diri kita, mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri kita. Untuk berjaya di dalam setiap perkara kita haruslah mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan yang ada di dalam diri kita agar matlamat sesuatu perkara mudah tercapai.  Apabila kita mengenali diri kita, maka dengan mudah la kita dapat mengendalikan diri kita sendiri.

Kenapa perlu mengendali diri sendiri pula? Tentulah kerana kelakuan, sikap, cara kita bertindak adalah datangnya dari dalam diri kita sendiri. Seperti seorang nakhoda kapal yang mengemudi sebual kapal yang besar, haluan kapal tersebut ditentukan oleh nakhoda kapal tersebut dan bagaimana kapal itu melepasi rintangan ombak juga bergantung kepada pengemudi kapal tersebut sama ada kapal tersebut melalaui badai dengan hempasan ombak yang kuat atau kapal tersebut dapat memotong dengan halus badai tersebut. Oleh itu anda lah yang perlu mengendalikan diri anda sendiri dan menentukan haluan hidup anda, andalah yang memilih jalan hidup anda dan anda sememangnya mempunyai pilihan untuk melalui jalan yang mana. Tetapi ingatlah di dalam kehidupan sudah pasti ada badai yang mesti diharungi untuk sampai ke destinasi, seperti badai di lautan yang mesti ditempuhi oleh sebuah kapal untuk sampai hala tujunya.

Menempuh Badai

Setiap manusia sudah pasti mempunyai kelebihan dan kekuranganya sendiri.  Oleh itu perlulah kita mengetahui dimana kelebihan kita itu. Tetapi kadangkala seseorang yang mengalami depression tentu sekali merasa diri mereka sangat tidak berguna, merasakan diri tidak mempunyai ape-ape kelebihan, dan hilang keinginan terhadap segala sesuatu. Oleh itu perlulah disegerakan menyembuh depression itu kerana sangat mengugat performance seseorang terhadap setiap ape yang dia lakukan. Berkenaan dengan kelebihan yang terdapat pada diri kita, mari lah kita mensucikan diri dari segala cas-cas negatif dengan melakukan amal-amal soleh. Ini kerana telah terbukti bahawa apabila jiwa kita ini selalu dibasuh dengan ayat-ayat suci maka badan kita ini akan rasa bertambah kekuatan dan performance kita semakin meningkat kerana nikmat yang dikurniakan kepada kita itu tidak dicampur adukkan dengan perkara-perkara yang negatif seperti bersikap tidak jujur, hasad dengki kepada orang lain, tidak menjaga amanah, tidak mengambil tahu hal-hal lain di dunia ini, tidak menjaga alam sekitar, tidak murah senyuman, melontarkan perkara-perkara kata-kata negatif dan lain-lain lagi.

Lihatlah sendiri betapa hebatnya para sahabat Rasulullah S.A.W, mereka semua kebanyakanya adalah orang awam biasa yang di dalam suasana kehidupam mereka semasa jahilliah banyak membuang masa, berbual-bual kosong di kedai kopi, berjudi, melawak dan ketawa yang melalaikan, menindas orang lain. Apabila  mempraktiskan ajaran Islam yanag telah mengajarkan manusia “the best way of life” maka hati dan jiwa mereka menjadi bersih seterusnya mereka dapat menjadi orang yang sangat hebat sehingga dapat menawan 2/3 dunia.

Selalu kita akan rasa bersemangat selepas kita mengikuti kem motivasi dan sebagainya, tetapi beberapi hari selepas itu semangat kita tidak lagi membara-bara seperti di hari pertama tamat program. Walaubagaimanapun para sahabat setiasa bersemanagat dan berkobar-kobar, tidak pernah luntur walau besar mane dugaan itu. Rahsianye adalah kerana mereka menjaga jiwa meraka yang selalu dibasuh dengan ayat-ayat suci al-quran, dan amal soleh yang lain serta ilmu yang bukan berniat untuk dingunakan untuk mengumpul harta dunia yang banyak. INGATLAH !!! , Sepandai mane anda, secerdas manepun anda jika gaya hidup anda yang masih terdapat sisa-sisa maksiat dan perbuatan-perbuatan yang menghasilkan cas-cas negatif zarah badan kamu tentu kamu tidak akan dapat bertahan lama. Kelak di suatu mase anda akan berubah. Sungguh halus tipu daya syaitan itu. Walaupun mengambil jangka masa yang panjang namun akhirnya objektif utama syaitan tercapai. Hiburan yang melalaikan serta cinta kepada dunia membuatkan syaitan dapat ketawa apabila manusia itu terpengaruh dengan perkara tersebut.

Kenal lah diri anda jenis yang bagaimana, perbetulkan lah yang mane boleh diperbaiki selagi belum terlambat, Juga jika anda diminta untuk  memikul suatu amanah katakanlah “tidak” jika anda tidak nyakin mampu memegang amanah tersebut. Sekian Wassalam. Semoga Allah Merahmati … Amin …

Mengenal Diri

2 thoughts on “Mengenal Diri

    1. MUZY says:

      Banyak caranya yang saya gunakan untuk diri saya sendiri. Yang paling saya suka sekali ialah saya melihat diri saya dari mata orang lain. Saya juga suka memerhati gelagat orang lain, melihat perwatakan orang lain untuk menilai diri saya sendiri. Kemudian saya cuba membayangkang yang saya sedang melihat diri saya sendiri dan mengatakan kalau diriku terhadap situasi yang begitu adalah macam ini atau itu.. melalui pengalaman yang pernah dilalui.
      Cara yang lain pula saya suka duduk bersendirian dan menulis seperti menulis dairi perihal kehidupan saya dan muhasabah apa yang saya dapati pada diri saya perlu diperbaiki.
      Yang ketiga yang saya pilih adalah bertanya kepada rakan yang telah mnegenal saya secukupnya… yang tahu sifat kini macam mana. Tetapi kita jangan bertany secra general seperti ” Aku ini orangnya bagaimana ya?” malah lebih elok terus bertnya dengan lebih specific seperti “Aku ini jenis cepat panas baran ker ?’ …
      Maaf kerana lambat membalasnya…

Leave a reply to H.Imran Cancel reply